Mahasiswa Johor yang menuntut di pelbagai IPT seluruh negara  menikmati kemudahan bas percuma menerusi program Yok Balik Raya.

JOHOR BAHRU – Seramai lebih 550 mahasiswa Johor yang menuntut di pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan menikmati kemudahan bas percuma menerusi program Yok Balik Raya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, sebanyak 30 buah bas yang akan membawa pelajar pulang ke kampung halaman bermula Khamis lalu.

Program anjuran Gabungan Anak Johor ini dengan sokongan Kerajaan Negeri Johor serta Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sudah memasuki tahun ketiga penganjurannya pada kali ini.

Antara IPT yang terlibat dalam program ini termasuk Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

“Selain itu, program membabitkan Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan lain-lain,” katanya menerusi Facebook miliknya hari ini.

Aznan menambah, inisiatif terbabit dapat meringankan beban mahasiswa yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dengan selesa dan selamat.

“Program Yok Balik Raya merupakan salah satu usaha berterusan kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan pelajar Johor di perantauan terus terbela.

“Semoga perjalanan pulang kali ini membawa seribu kegembiraan dan kemeriahan Aidilfitri buat semua anak Johor! Selamat pulang ke kampung halaman tercinta,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here