KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap Waspada bagi beberapa kawasan di Sabah, termasuk Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, dan Sandakan) serta Kudat bermula hari ini.
Selain itu, amaran hujan berterusan turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu bagi tempoh 23 hingga 24 Mac 2025.
Kawasan yang terlibat di Kelantan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, dan Pasir Mas.
Ketua Pengarah MET Malaysia, Dr Mohd Mohd Anip menyarankan orang ramai untuk melayari laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi myCuaca, serta saluran media sosial rasmi jabatan tersebut bagi mendapatkan maklumat cuaca terkini.
Orang ramai juga dinasihati agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan kesan cuada buruk.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan menerusi talian hotline MET Malaysia di 1-300-22-1638. – MalaysiaGazette