Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad beramah mesra bersama penduduk Orang Asli pada Program Gerakan Koperasi Santuni Masyarakat Orang Asli di Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Batang Padang dan Muallim, di sini hari ini. Foto: Aniq Nabilafiq Anuar

TAPAH – Barisan Nasional (BN) Perak mengambil keputusan untuk meminda tarikh pengumuman calon bagi parti itu dari 5 April kepada 7 April ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pindaan tarikh tersebut dibuat susulan Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Madani yang akan berlangsung di Melaka.

Menurutnya, setakat ini calon yang akan mewakili parti tersebut hanya diketahui oleh Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Keputusan (calon) ada di tangan Presiden. Presiden ada di Mekah (menunaikan umrah) sekarang. Jadi kemungkinan dia (Ahmad Zahid) sembahyang istikharah untuk dapatkan panduan pedoman daripada ALLAH SWT.

“Kemudian dia balik nanti kita akan umum pada 7 hari bulan, dia akan umum sebab saya dah janji umum calon adalah Presiden, daripada mulut dia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Gerakan Koperasi Santuni Masyarakat Orang Asli di Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Batang Padang dan Muallim, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed dan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Norihan Jalal.

Saarani berkata, majlis pengumuman calon akan diadakan di Pusat Arahan BN di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Kampung Haji Tahir, Temoh sempena sambutan Hari Raya Ahli Parlimen Tapah.

Sebelum ini, BN mengumumkan akan melancarkan jentera PRK DUN Ayer Kuning pada 5 April depan. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here