Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media selepas menghadiri Program Gerakan Koperasi Santuni Masyarakat Orang Asli di Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Batang Padang dan Muallim, di sini hari ini. Foto: Aniq Nabilafiq Anuar

TAPAH – Barisan Nasional (BN) bersikap terbuka serta bersedia berhadapan mana-mana calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang akan berlangsung bulan depan.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihaknya bersiap sedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang mengumumkan akan bertanding pada PRK tersebut.

“Kalau dia (PSM) letak calon akan jadi tiga (penjuru) maybe (mungkin) ada calon (lain) pula.

“Tapi PSM dulu pun dah masuk (bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)) dan hilang deposit.

“Saya ingat tak apalah, siapa-siapa nak masuk (bertanding) oklah, kita bersedia untuk berhadapan dengan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Gerakan Koperasi Santuni Masyarakat Orang Asli di Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Batang Padang dan Muallim, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed dan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Norihan Jalal.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi PSM, S Arutchelvan dilaporkan berkata, pihaknya akan meletakkan calon mereka pada PRK bagi kerusi DUN Ayer Kuning.

Katanya, walaupun akan berdepan kesukaran namun parti itu berpandangan pertembungan dua penjuru akan memberikan kelebihan kepada dua parti utama yang bertanding.

Pada PRU15, PSM pernah bertanding di kerusi sama dengan mempertaruhkan calon Bawani KS tetapi tewas selepas hanya memperoleh 586 undi berbanding penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin yang mendapat 9,088 undi dalam pertembungan empat penjuru. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here