PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki dikenalpasti sebagai Mak Siew Wei berusia 50 tahun bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah yang sedang dijalankan oleh pihaknya ketika ini.
SPRM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Siew Wei mempunyai alamat terakhir di No. 33, Jalan PJU 8/12C, Rafflesia Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.
“Kami menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu ini untuk tampil membantu siasatan.
“Kerjasama daripada masyarakat amat penting bagi memastikan siasatan dapat diselesaikan dengan segera dan adil,” kata SPRM.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mengetahui keberadaan Siew Wei boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Khairul Ariffin Ghazali di talian 012-3235996 atau menerusi e-mel khairulariffin@sprm.gov.my.
Dalam pada itu, SPRM turut mengingatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan serta memberi jaminan bahawa kes ini akan disiasat dengan telus dan mengikut lunas undang-undang. -MalaysiaGazette