Isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang sedang hangat diperdebatkan ketika ini berpunca akibat umat Islam tidak mendapat maklumat yang tepat, kata Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan.
Menurut beliau, rumah ibadat untuk penganut Hindu itu telah dibangunkan sejak 100 tahun lalu dan bukannya wujud secara haram seperti didakwa.