Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki yang membuat ugutan bunuh terhadap pendakwah bebas Firdaus Wong susulan kenyataan berhubung isu pembinaan kuil di atas tanah milik pihak lain, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Shahrulnizam Ja’afar, berkata turut dirampas adalah telefon bimbit yang digunakan untuk membuat mesej ugutan bunuh tersebut.

Katanya, tindakan itu diambil susulan laporan polis yang dibuat Firdaus jam 4.18 petang kelmarin.

“Hasil daripada risikan dan siasatan, pada jam 1.30 tengah hari semalam bertempat di pekarangan Balai Polis Damansara, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan Balai Polis Damansara menahan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shahrulnizam, pemilik akaun Facebook terbabit menghantar satu pesanan suara dengan kata-kata cacian dan ugutan bunuh sehingga menimbulkan ketakutan ke atas keselamatan diri pengadu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu melakukan ugutan jenayah dan menakutkan secara jenayah dengan menggunakan perkhidmatan rangkaian telekomunikasi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here