Ahli Parlimen Tapah merangkap Timbalan Presiden MIC, YB Datuk Seri M.Saravanan bercakap pada sidang media berkenaan Isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman Masjid India, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 23 MAC 2025

KUALA LUMPUR – Isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang sedang hangat diperdebatkan ketika ini berpunca akibat umat Islam tidak mendapat maklumat yang tepat, kata Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan.

Menurut beliau, rumah ibadat untuk penganut Hindu itu telah dibangunkan sejak 100 tahun lalu dan bukannya wujud secara haram seperti didakwa.

Malah katanya, kuil berkenaan tidak pernah dipindahkan seperti dakwaan pihak tertentu sebaliknya, hanya sebahagian struktur dirobohkan bagi kerja-kerja pelebaran jalan.

“Kalau saya dalam keadaan mereka (umat Islam) pun akan marah…Tak salah sebab mereka tidak mendapat gambaran yang betul…kebetulannya rumah ibadat ini telah wujud lebih dari 100 tahun,” katanya pada sidang media di perkarangan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/03/20/jangan-buat-naratif-roboh-kuil-bina-masjid-jakel/

https://malaysiagazette.com/2025/03/22/kuil-tiada-isu-dbkl-jual-tanah-miliknya-tanpa-merujuk-mana-mana-pihak/

https://malaysiagazette.com/2025/03/22/kebebasan-beragama-tidak-izin-ceroboh-tanah-orang-lain-peguam/

Dalam pada itu, Saravanan menegaskan, isu mengenai kuil tersebut perlu ditangani secara “menang-menang” bagi mengelakkan keadaan lebih keruh.

Beliau turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi jaminan tidak akan merobohkan kuil tersebut.

Saravanan juga mengesahkan ada perbincangan dilakukan bersama pihak pengurusan Jakel dengan pemilik tanah.

“Itu betul mereka (Jakel) ada usaha selesaikan, penyelesaian harus jadi menang-menang, penyelesaian (kuil) harus (berada) di kawasan ini.

“Sekarang kerajaan sudah buat (perundingan)…(kita) serah kepada kerajaan,” tambahnya.

Sebelum ini media melaporkan, kuil Hindu itu berdepan ancaman dirobohkan selepas kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur meluluskan pembinaan sebuah masjid.

Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak di seberang Jakel Mall berhampiran Jalan Masjid India dilaporkan dibina kira-kira 130 tahun lalu.

Tanah yang diduduki kuil itu dijual oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada Kumpulan Jakel yang turut memiliki sebuah pusat beli-belah di kawasan yang sama.

DBKL dalam satu kenyatan 20 Mac lalu memaklumkan telah mengenal pasti lokasi baharu untuk pemindahan sebuah rumah ibadat di Jalan Masjid India di sini. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here