WASHINGTON – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth mencadangkan negaranya menukar semula nama Jabatan Pertahanan kepada Jabatan Perang menerusi undian awam yang dilakukannya bagi cadangan tersebut.
“Nama yang lebih baik? Saya terfikir… mengalu-alukan (pendapat) anda,” katanya menerusi hantaran di platform X yang mendapat 160,000 respon.
Lebih separuh daripada respon tersebut memihak kepada idea tersebut dengan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk bersetuju dengan cadangan berkenaan dengan menyatakan: “(Penukaran nama kepada) Peperangan lebih tepat,”.
Agensi pusat tentera AS dikenali sebagai Jabatan Perang hampir 160 tahun sebelum ia distruktur semula pada 1947 di bawah Akta Keselamatan Nasional.
Ia kemudian digabungkan dengan Jabatan Tentera Laut yang kemudiannya Jabatan Pertahanan diwujudkan pada 1949.
Cadangan Hegseth ketika ketegangan dengan China berlaku.
Pada awal bulan ini, beliau memberi amaran bahawa Washington telah bersedia untuk berperang dengan Beijing jika perlu, berikutan ancaman China bertindak balas terhadap pelaksanaan tarif berikutan pertikaian dalam perdagangan antara dua negara itu.
Laporan Perkhidmatan Penyelidkan Kongres menyatakan AS mengerahkan tenteranya ke luar negara dalam ‘beratus-ratus keadaan’ untuk terlibat dalam konflik ketenteraan atau melindungi kepentingannya untuk tempoh antraa 1798 hingga 2023, termasuk peperangan di Afghanistan dan Iraq dan operasi di Libya, Syria, Yemen dan Somalia.
Washington mengisytihar perang sebanyak 11 kali dalam sejarah negara itu. – Agensi