KUALA LUMPUR- Suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di NSK Kota Damansara, Petaling Jaya, petang semalam ditahan polis malam tadi.
Difahamkan, lelaki warga tempatan itu ditahan kira-kira jam 10 malam tadi sekitar Bukit Beruntung, Rawang, kira-kira lima jam selepas kejadian tersebut.
Turut ditemukan sejumlah barang kemas yang disamun.
ARTIKEL BERKAITAN
Terdahulu, media melaporkan suspek yang bersenjatakan pistol menyamun kedai emas terbabit dalam kejadian antara 4.40 petang hingga 4.50 petang.
Suspek dipercayai sempat melarikan tujuh dulang barang kemas bernilai kira-kira RM2 juta dalam rak pameran.