Presiden Mahima, Datuk N Sivakumar.

KUALA LUMPUR – Isu pembinaan dan status pemilikan tanah Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India di sini terus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Presiden Majlis Kuil-Kuil Hindu & Persatuan-Persatuan Agama Hindu Malaysia (Mahima), Datuk N Sivakumar menegaskan, rumah ibadat tidak boleh dianggap sebagai bangunan haram hanya kerana status tanahnya dipertikaikan.

Beliau menyatakan kekecewaannya terhadap pihak-pihak termasuk dalam kalangan netizen yang menggunakan sentimen perkauman dan agama untuk mempersoalkan kewujudan kuil tersebut.

“Bagaimana sebuah bangunan yang telah beroperasi selama ratusan tahun dan menjadi pusat keagamaan boleh dianggap haram?

“Jika ia tidak memiliki permit rasmi, itu adalah kegagalan pihak berwajib dalam menguruskan hal ini secara profesional bukan salah penganut yang beribadah di sana,” katanya dalam kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan perlu akui sejarah sebenar kuil Hindu – Waytha Moorthy

Menurut Sivakumar, jika kuil ini benar-benar tidak mendapat kebenaran rasmi, pihak berwajib harus bertanggungjawab kerana tidak menguruskan pendaftaran dan kelulusan secara sistematik sejak awal.

Beliau turut menggesa agar isu itu tidak dipolitikkan atau digunakan untuk mencetuskan perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sebelum ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Maimunah Mohd Sharif memberi jaminan bahawa tiada aktiviti perobohan akan dilakukan ke atas kuil tersebut sehingga satu penyelesaian dicapai.

Beliau turut menegaskan sebarang tindakan yang diambil akan berlandaskan prinsip kebebasan beragama seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah memberi jaminan kerajaan tidak akan merobohkan mana-mana rumah ibadat di bawah pentadbiran Malaysia Madani.

DBKL juga memaklumkan bahawa proses pemindahan kuil akan dijalankan secara telus dan adil, dengan perbincangan melibatkan semua pihak berkepentingan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Isu kuil: Umat Islam marah sebab tak dapat maklumat tepat – Saravanan  

Dr. Akmal cadang bawa isu kuil ke mahkamah

Kebebasan beragama tidak izin ceroboh tanah orang lain – Peguam

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Haram tu sebab tanah tu ada owner…benda simple jaa tak kan tak faham kot…bukan kuil jaa..masjid kaa..gereja kaa..tak blh bina di tanah org lain tanpa kebenaran pemilik tanah..

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here