KUALA LUMPUR – GV Ride, penyedia perkhidmatan e-hailing kini melancarkan kempen “Free Rides Subang” atau “tambang percuma” sepanjang bulan April ini kepada penduduk dan pengunjung di sekitar Subang Jaya.
GV Ride yang dimiliki GV Car Ventures Sdn Bhd (GVV) berkata, promosi itu diumumkan susulan sambutan hangat daripada penduduk Subang Jaya selepas pelancaran kempen “Free Rides Subang – Petaling Jaya – Kajang” yang telah dirasmikan sebelum ini oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Ahli Dewan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Ng Sze Han,
Majlis pelancaran tersebut telah diadakan di Sunway Pyramid pada Februari lalu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GVV, Kabeer Singh Maand, sambutan luar biasa dari masyarakat Subang Jaya mendorong syarikat untuk melanjutkan tawaran promosi tambang percuma khusus di Subang Jaya sepanjang bulan April ini.
“Langkah ini diambil sebagai penghargaan atas sokongan yang diberikan oleh warga Subang Jaya, di samping memperkenalkan perkhidmatan e-hailing tempatan yang lebih selamat dan berkualiti.
“Kempen Free Rides Subang ini berlangsung dari 1 April hingga 30 April ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif GV Ride “1 Million Free Ride Kempen”, yang bertujuan menggalakkan lebih ramai pengguna mencuba perkhidmatan mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Kabeer berkata, cara untuk mendapatkan perjalanan percuma adalah dengan memuat turun aplikasi GV Ride melalui “Google Play Store” atau “Apple App Store”.
Selain itu, Kabeer berkata pengguna perlu lengkapkan pendaftaran sebagai penumpang, tempah perjalanan seperti biasa, dengan syarat lokasi penjemputan berada di dalam kawasan Subang Jaya.
“Setiap pengguna layak untuk satu perjalanan percuma sehari, dengan had tambang percuma maksimum sebanyak RM30 termasuk tol.
“Jika tambang melebihi RM30, penumpang perlu membayar baki selebihnya kepada pemandu,” katanya.
Tambahnya, promosi itu terhad kepada jumlah subsidi RM500,000 dan akan berakhir sebaik sahaja peruntukan ini digunakan sepenuhnya.
Kabeer berkata, pihak GV Ride berharap tawaran itu dapat memberikan manfaat kepada penduduk Subang Jaya dalam mendapatkan perkhidmatan pengangkutan yang mudah, selamat dan dipercayai.
“Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.gvcarventures.com, atau menghubungi talian +6012-500 3217.
“Ikuti juga GV Ride di media sosial rasmi mereka di Facebook: GV Ride dan Instagram, mygvrides,” katanya.
GV Ride ialah penyedia perkhidmatan e-hailing tempatan yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan yang selamat dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.
Dengan aplikasi mesra pengguna dan pemandu berpengalaman, GV Ride komited dalam memberikan pengalaman perjalanan terbaik kepada pelanggan mereka. – MalaysiaGazette