Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad menyarungkan topi kledar penerima kanak- kanak pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Petron Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 di Petron MRR2, Selayang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 24 MAC 2025

KUALA LUMPUR – Hampir 5,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kereta peronda polis (MPV) akan digerakkan secara optimum di seluruh kontinjen untuk melaksanakan rondaan pencegahan jenayah sepanjang musim perayaan Aidilfitrini ini.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, berkata, rondaan akan dipergiatkan di kediaman yang penghuninya membuat pemakluman di balai polis atau secara dalam talian melalui Volunteer Smart Phone (VSP).

“Ya kawalan akan ditingkatkan sepanjang musim perayaan ini dengan kekuatan kita iaitu 1,800 anggota URB dan kira-kira 3,000 MPV yang akan lalukan rondaan 24 jam, kita tidak dinafikan pemantauan berterusan.

“Bagi mereka yang mengisi alamat rumah melalui VSP untuk balik kampung pada tempoh yang lama, peronda ini akan datang membuat semakan buku nota di rumah berkenaan.

“Mereka turut mengawasi kawasan kilang atau lokasi hotspot (titik panas) ekoran pemakluman daripada pengguna yang pulang ke kampung,” katanya dalam sidang media pada Program Keselamatan Jalan Raya Petron Malaysia, di sini hari ini.

Tambah Wan Hassan, tempoh kekerapan rondaan akan dilakukan bergantung kepada kawasan tersebut dan sekiranya keberangkalian kejadian jenayah berlaku.

“Sehubungan itu, saya menasihati orang ramai segera melaporkan pergerakan ke balai polis berhampiran atau melalui VSP iaitu tarikh mula pergerakan dan tarikh dijangka pulang sebelum memulakan perjalanan ke destinasi masing-masing,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here