Kredit : JBPM Labuan

LABUAN – Seorang lelaki berusia 53 tahun maut dalam kebakaran di Kampung Lubok Temiang, Simpang Mat Isa, awal pagi ini.

Mangsa dikenali sebagai Usman Tuah dipercayai tinggal bersendirian di rumah berkenaan, dijumpai terbaring tidak sedarkan diri di luar rumah yang terbakar itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan Abdul Rahman Ali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.20 pagi dan 21 anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati rumah itu sudah musnah sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Abdul Rahman berkata punca kebakaran masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk melaporkannya di balai polis berhampiran. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here