KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Harapan (AMH) komited memastikan kemenangan calon perpaduan dalam PRK Ayer Kuning dengan menggerakkan seluruh jentera bagi mempertahankan kestabilan politik negeri Perak.

Ketua AMH, Woo Kah Leong berkata, bagi memastikan kemenangan itu, AMH telah melantik Khairol Najib sebagai Pengarah Pilihan Raya, dibantu oleh Zaim dan Wong Kar Keat.

Katanya, AMH yang  menghargai jasa Allahyarham Ishsam Shahruddin di Ayer Kuning dan bertekad meneruskan legasi kepimpinan yang membawa manfaat kepada rakyat.

Kempen agresif akan digerakkan di lapangan dan media sosial untuk memastikan pengundi mendapat maklumat yang jelas.

“AMH turut menyeru anak muda dan perantau untuk pulang mengundi demi kestabilan dan kemajuan negeri Perak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan itu, Kah Leong mengecam politik fitnah yang sering dimainkan Perikatan Nasional (PN), khususnya di Perak, dan menegaskan keperluan kepimpinan yang berintegriti.

Beliau mendakwa, PN masih kabur dalam soal kepimpinan, sedangkan kerajaan perpaduan di bawah Datuk Seri Saarani Mohamad jelas stabil dan bebas skandal.

“Rakyat perlu memilih masa depan yang lebih terjamin.

“Kita tolak politik kebencian, kita mahu kestabilan. Undilah calon Perpaduan!” tegas Woo. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here