KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda, hari ini.

Baginda turut memuatnaik beberapa keping gambar ketika baginda melafazkan pembayaran zakat harta.

Cek zakat tersebut diserahkan oleh Seri Paduka Baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Hasrin Kamal Hashim.

Ia turut disaksikan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad serta Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Md Ali di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast