KUALA LUMPUR – Keputusan berhubung kes seorang ahli perniagaan yang mencederakan dua pengawal peribadinya kerana berpuasa pada 2021 akan diketahui Jumaat, 28 Mac ini.

Sebelum ini, Chung Chee Yang, 47, mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan terhadapnya selepas didakwa di Mahkamah Majistret Klang pada 22 April 2021.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa atas empat pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Mohd Azminizam Zulkepli, 44, dan Ahmad Shamsuri Zailani, 27.

Chee Yang didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di lobi dan lif sebuah kondominium di Dang Wangi di sini, antara 8.40 dan 8.43 malam pada 13 April 2021.

Berikutan itu pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan sisten e-filing (EFS) keputusan kes itu akan didengar di Mahkamah Majistret Klang di hadapan Hakim Siti Zubaidah Mahat pada jam 9 pagi.

Chee Yang sebelum ini turut disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Sebelum ini, polis mendedahkan susulan tangkapan dibuat di sebuah rumah milik salah seorang suspek di Bukit Tinggi di sebelum menemui 100 kilogram jongkong emas.

Turut ditemukan adalah 12,500 keping not kertas AS$100 dengan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM28.25juta

Media sebelum ini melaporkan dua pengawal peribadi cedera selepas dirotan dan diugut bunuh menggunakan pistol oleh majikan dipercayai akibat perselisihan faham berkaitan puasa. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here