Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman

KUALA LUMPUR- Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman akan dipindahkan ke sebuah lokasi baharu dalam kawasan Jalan Masjid India, demikian laporan sebuah portal berita, hari ini.

Menurut laporan itu, tindakan tersebut adalah atas persetujuan pihak pengurusan rumah ibadat terbabit hasil perbincangan dan rundingan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kami berterima kasih kepada menteri, wakil rakyat dan pihak berkuasa lain yang membantu mencapai resolusi ini.

“Tapak baru itu berdekatan dan dalam kawasan Jalan Masjid India, serta sesuai sebagai tapak alternatif,” kata Setiausaha jawatankuasa kuil berkenaan, Kaarthik Gunaseelan.

Karthik berkata satu mesyuarat antara jawatankuasa kuil dengan DBKL untuk memuktamadkan perkara teknikal akan diadakan petang ini dan pengumuman rasmi dijangka menyusul.

Pagi tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan tetap meneruskan program pecah tanah di tapak Masjid Madani di Jalan Masjid India, Khamis ini.

Katanya, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan membuat keputusan tersebut kerana tanah berkenaan milik sebuah syarikat.

Tambahnya, semua rakyat tanpa mengira kaum majoriti atau minoriti perlu sentiasa mematuhi undang-undang kerana Malaysia ditegakkan atas dasar hukum atau peraturan. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Majlis pecah tanah Masjid Madani tetap berlangsung Khamis ini – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here