Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama anggota polis ketika hadir Sambutan Peringatan Hari Polis ke 218 Tahun 2025 di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 25 MAC 2025.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan tetap meneruskan program pecah tanah di tapak Masjid Madani di Jalan Masjid India.

Perdana Menteri berkata program pada Khamis ini akan tetap berjalan seperti yang dijadualkan.

“Saya akan teruskan letak batu asas pada 27 Mac ini,” katanya dalam ucapan perasmian sambutan Hari Polis ke 218 di PULAPOL, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke 218 Tahun 2025 di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 25 MAC 2025.

Turut hadir adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Polis Negwra, Tan Sri Razarudin Husain.

Sebelum ini, Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Lawyers for Liberty (LFL) mempertikaikan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa tergesa-gesa bersetuju merasmikan pembinaan masjid di tapak yang masih dalam pertikaian.

Pengarah Eksekutif LFL, Zaid Malek berkata, rundingan antara pihak pengurusan kuil dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih berjalan, namun Anwar sudah menetapkan 27 Mac ini sebagai tarikh perasmian majlis pecah tanah.

“Anwar mendakwa kuil itu berada di atas tanah persendirian tanpa kelulusan sah. Ini menunjukkan ketidaktahuan serius mengenai sejarah dan keadaan isu tersebut.

“Tidak dapat diterima bahawa beliau menganggap sesuai untuk memindahkan kuil bagi membina masjid. Adakah ini selaras dengan prinsip reformasi dan kepentingan negara berbilang agama?” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Lagi menyusul.. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Demi keharmonian, selesaikan isu kuil sebelum buat majlis pecah tanah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here