Noor Azman Rahman (dua kiri) bertukar dokumen dengan Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Carsome, Eric Cheng (dua kanan) di Johor Bahru, hari ini

JOHOR BAHRU- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyeru peminat Harimau Malaya untuk membanjiri Stadium Sultan Ibrahim dekat sini malam ini bagi memberikan sokongan padu dalam aksi pembukaan Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata , sejumlah 3,300 tiket telah terjual setakat tengah hari tadi dan berharap jumlah itu akan terus meningkat.

“Jumlah ini membuktikan sokongan tidak berbelah bahagi penyokong Harimau Malaya.

Kita faham sekarang ini di bulan Ramadan, kita memahami perkara itu. Bagi yang telah mendapatkan tiket, terima kasih diucapkan atas sokongan padu yang diberikan kepada Harimau Malaya.

“Sememangnya, kita mengharapkan kejayaan besar diraih pada perlawanan ini, kami meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap pengurusan pasukan baharu ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Persefahaman antara FAM dan Carsome di Hotel Thistle di sini hari ini.

Sementara itu, pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski, menyeru penyokong untuk memenuhi Stadium Sultan Ibrahim dan menjadi ‘pemain ke-12’ yang penting bagi pasukan negara.

“Ayuh turun ke stadium, berikan sokongan kepada pasukan ini dan berikan tonik buat pemain untuk beraksi.

“Sama-sama kita bersatu untuk membawa pasukan bola sepak negara terus maju ke hadapan,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here