BKK Aidilfitri Perak Sejahtera Saarani Mohamad MB guru KAFA takmir
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada program Dari Mata Turun Ke Hati Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cakna Komuniti di Maahad Tahfiz Al Quran Al Ahmad, Tapah, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 MAC 2025.

IPOH – Kerajaan Perak menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan guru takmir di negeri ini.

Menteri Besar Ipoh, Datuk Seri Saarani Mohamad menerusi satu kenyataan memaklumkan bantuan itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.75 juta yang memanfaatkan 3,495 penerima itu dijangka dikreditkan pada Jumaat ini.

“Bagi menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik agama Islam, erajaan negeri membuat keputusan memperluaskan pemberian BKK Aidilfitri supaya turut dinikmati guru KAFA dan guru takmir di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk).

“Diharapkan bantuan ini dapat membantu meringankan beban kewangan golongan berkenaan menjelang sambutan Aidilfitri serta menyemarakkan lagi kegembiraan dalam menyambut lebaran yang bakal tiba,“ katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM1,500 kepada 13,582 penjawat awam negeri, termasuk guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ), ketua kampung serta kakitangan di bawah kontrak Program Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP).

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM250 kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut di negara ini.

Beliau berkata bantuan itu akan dibayar minggu depan membabitkan 70,000 penerima dengan peruntukan RM17 juta. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN:

Penjawat awam Perak terima ‘duit raya’ RM1,500

BKK bukti prihatin kerajaan negeri terhadap penjawat awam

Penjawat awam Perak terima ‘duit raya’ RM1,500

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here