Kawasan pembalakan haram di Gua Musang, Kelantan.

KUALA LUMPUR – Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan sindiket pembalakan haram di Gua Musang, Kelantan.

Dalam Op Bersepadu Khazanah pada Ahad lalu, PGA merampas hasil hutan yang didapati secara haram apabila menyerbu sebuah kawasan di pintu gerbang Sungai Sam, Paloh, Gua Musang pada jam 4 petang.

“Semasa pasukan polis tiba di lokasi, kelihatan tiga orang lelaki sedang mengumpul hasil hutan yang telah diproses.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 500 batang balak dan kayu yang sudah dipotong dan semua suspek gagal menunjukkan sebarang permit atau lesen dari Jabatan Perhutanan,” katanya dalam kenyataan.

Semua lelaki berumur 28 hingga 52 tahun dipercayai menjadi penghantar hasil hutan tersebut untuk dijual ke pasaran tempatan ditahan.

Katanya, anggaran nilai rampasan bernilai RM1 juta termasuk mesin jentera memproses kayu dan kes disiasat dibawah Seksyen 3(2) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985.

Barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Paloh dan Jabatan Perhutanan Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya.

Dalam satu lagi operasi pada hari sama, PGA merampas peralatan dan mesin memproses kayu secara haram bernilai RM500,000 apabila memeriksa sebuah kilang kayu pada jam 10 malam di Kampung Lela Jasa, Kuala Krai.

“Hasil pemeriksaan mendapati kilang ini tidak mempunyai lesen untuk beroperasi dari Jabatan Perhutanan dan telah beroperasi secara haram.

“Polis merampas semua mesin dan jentera memproses kayu seperti mesin bound saw, cross cut, mesin ketam kayu Tokiwa dan lain-lain lagi,” katanya.

Tambahnya, seorang lelaki berumur 52 tahun dipercayai penjaga kilang telah ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Sek. 3 (2) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985. Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here