Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KUANTAN – Seorang mekanik lori dicekup polis akibat menyimpan dua laras senapang buatan itu dibuat sendiri, di sini hari ini.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek ditahan di kediaman di rumah tidak bernombor di Kampung Alur Batu dekat Jabur, di sini  semalam.

“Suspek membuat senjata bertujuan untuk menembak dan menghalau binatang seperti kera dari memasuki kebun ketika musim buah.

“Lelaki berusia 55 tahun itu juga mengaku tidak mempunyai lesen senjata api yang sah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Polis turut merampas sebuah bag, 12 biji guli pelbagai warna dan dua ‘bearing’ besi ketika serbuan dilakukan.

Suspek telah direman selama tiga hari bermula hari ini  bagi membantu siasatan.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Permohonan pengesahan senapang buatan sendiri akan dibuat dengan pihak Amra IPD Kuantan Pahang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here