Zamri Vinoth

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Zamri Vinoth ditahan polis hari ini selepas disyaki menghina agama dan menggugat ketenteraman awam menerusi kenyataannya yang dimuat naik di aplikasi Facebook baru-baru ini.

Difahamkan hantaran tersebut didakwa berkait penempatan semula Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan sekitar pukul 3.30 petang tadi dan akan direman esok di Mahkamah Kangar, Perlis.

Tambah beliau, polis menerima laporan berhubung perkara itu daripada seorang penganggur berusia 62 tahun pada 6.30 petang semalam.

“Pengadu mendakwa telah terbaca satu komen di media sosial atas nama Zamri Vinoth mengenai hasil rundingan berkenaan penempatan semula tapak sebuah kuil di Jalan Munshi Abdullah di sini yang disyaki berunsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu.

“Susulan itu, kita membuka siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

“Lelaki berkenaan (Zamri Vinoth) telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, Kangar hari ini,” katanya hari ini.

Pada masa sama, polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Vivo milik lelaki itu bagi membantu siasatan.

Jelasnya, tindakan lanjut turut dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berkaitan Facebook milik Zamri Vinoth. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Jangan jadi ‘yang tersakiti’ – Zambri Vinoth

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here