Gambar hiasan

BANGKOK – Persatuan Pedagang Emas (GTA) menaikkan unjuran harga emas antarabangsa tahun ini kepada AS$3,400 (RM15,059.94) seaun berbanding AS$3,200 (RM14,173.97)sebelumnya.

“Semua mata tertumpu kepada tarif timbal balas oleh Presiden Donald Trump yang dijadual dilaksanakan pada 2 April dan impak daripada langkah berkenaan dijangka boleh menyebabkan lonjakan harga emas,” kata Presiden GTA, Jitti Tangsithpakdi.

Tambahnya, ketidaktentuan terhadap tarif Trump serta kebimbangan terhadap perang perdagangan menyebabkan permintaan aset selamat terutamanya emas semakin meningkat.

Ini menyebabkan harga komoditi itu melonjak lebih pantas berbanding unjuran awal.

Ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat dan Ukraine turut menyebabkan bank-bank pusat di seluruh dunia menambah rizab emas masing-masing.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here