Pihak bomba melakukan pemeriksaan dan pemantauan bangunan bertingkat di lokasi yang dikenal pasti.

GEORGE TOWN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang melakukan pemantauan dan pemeriksaan di beberapa bangunan tinggi negeri ini susulan gempa bumi yang melanda Myanmar.

Antara kawasan yang dilaporkan berlaku gegaran termasuk Kompleks Tunku Abdul Razak (Komtar), bangunan tinggi di Butterworth dan Jalan GreenHall di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pemeriksaan itu dilakukan susulan pihaknya menerima dua panggilan kecemasan antara pukul 2.45 dan 3 petang daripada dua individu yang memaklumkan berlaku gegaran di kawasan mereka.

“Kita terima dua panggilan kecemasan iaitu satu di Kolej Segi di bahagian pulau manakala satu lagi membabitkan Bangunan Residensi di Butterworth.

Bomba Pulau Pinang terima dua panggilan kecemasan memaklumkan berlaku gegaran.

“Susulan itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) telah mengerahkan jentera bersama anggota ke lokasi yang terlibat bagi menjalankan pemantauan.

“Hasil pemantauan yang dilakukan oleh komander operasi mendapati tiada mangsa terlibat dan tiada kerosakan serius pada bangunan. Hanya gegaran kecil dikesan pada beberapa struktur,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi berukuran magnitud 7.4 yang melanda Myanmar pada jam 2.21 petang turut dirasai di Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, MetMalaysia berkata, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here