Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bersama warga KPKT

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meraikan semangat muhibah dan perpaduan di kalangan warga kementerian menerusi pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan, antaranya sesi singgah sahur bersama anggota bomba, pengedaran kurma, dan majlis ihya’ menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Selaras dengan slogan KPKT, “Perpaduan dalam Kepelbagaian” (Unity in Diversity), Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menegaskan bahawa kepelbagaian budaya merupakan kekuatan Malaysia.

“Seperti sediakala, kami telah menghiaskan Lobi KPKT dengan tema Eid Mubarak yang indah dan menawan untuk menyeramakkan suasana perayaan dan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan warga KPKT.

“Di KPKT, kami sentiasa berbangga dalam meraikan pelbagai perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali dan Tahun Baru Cina bersama warga KPKT yang terdiri daripada berbilang kaum, bangsa dan agama.

“Kita mesti menolak suara yang cuba memecahbelahkan rakyat kerana perpaduan adalah asas kestabilan dan kemajuan negara,” tegas beliau.

Menurut Kor Ming, peluang menyambut setiap perayaan utama di negara bersama-sama dalam keadaan yang aman dan harmoni merupakan suatu nikmat yang amat besar untuk rakyat Malaysia.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengedarkan kurma kepada warga KPKT.

Sebelum ini, Kor Ming telah mengadakan kunjungan mengejut untuk mengagihkan kurma kepada warga KPKT sambil bertanya khabar serta beramah mesra bersama mereka.

Beliau juga telah mengadakan sesi singgah sahur bersama anggota bomba di Kuala Lumpur pada awal Ramadan sebagai tanda penghargaan kerajaan MADANI kepada wira dan wirawati merah atas jasa mereka dalam memastikan keselamatan masyarakat.

Kor Ming Tunjuk Skil Dadar Telur, Tarik Teh Tarik, Sahur Kari Kambing Bersama Anggota Bomba

Kor Ming Tunjuk Skil Dadar Telur, Tarik Teh Tarik, Sahur Kari Kambing Bersama Anggota Bomba

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membekukan cuti bagi 70 peratus anggotanya sepanjang musim perayaan ini untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan memastikan keselamatan masyarakat terjamin melalui Ops Siaga Raya.

70 Peratus Cuti Anggota Bomba Dibekukan Sempena Aidilfitri

KPKT turut mempergiatkan inisiatif dengan menjalin kerjasama bersama pihak swasta bagi menaik taraf tandas awam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) supaya rakyat dapat menikmati kemudahan tandas yang bersih dan selesa sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

KPKT terus raikan kepelbagai budaya di Malaysia

70 peratus anggota bomba dibekukan cuti Aidilfitri

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here