MANDALAY, Myanmar – Seramai 694 orang terbunuh, 1,670 cedera dan 68 hilang dalam satu gempa bumi maut di wilayah Mandalay, Myanmar setakat pagi ini.
Gempa bumi berukuran 7.7 magnitud telah menggegarkan negara itu pada petang Jumaat.
Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negera Myanmar berkata, bencana alam itu menyebabkan kegagalan sistem bekalan kuasa.
Manakala rangkaian mudah alih juga tidak berfungsi dengan lancar, dan tiada isyarat mudah alih di beberapa kawasan di Yangon.
Menurutnya, banyak bangunan rosak, dan operasi menyelamat masih dijalankan. – Agensi