Datuk Amizar Abu Adam membekalkan juadah mangkuk tingkat kepada 30 penerima terpilih sempena Program Moh Sahur Pelangai pada Ramadan kali ini

BENTONG – Kenangan bersahur dengan juadah lauk yang dibekalkan dalam mangkuk tingkat kepada 30 keluarga di Felda Chemomoi di sini memberikan keunikan tersendiri pada Ramadan kali ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam berkata, juadah mangkuk tingkat itu diisi dengan lauk beserta nasi diberikan  kepada keluarga terpilih di kawasan berkenaan dihantar sendiri oleh pihaknya.

Program tersebut julung kali diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai mengambil pendekatan menyantuni penduduk setempat menjelang waktu sahur.

“Kali ini di Pelangai, kita kumpul semua kepimpinan dari kawasan ini untuk mengimarahkan Ramadan dan salah satunya mendapatkan pahala menerusi sahur.

”Sebanyak 12 kampung dipilih membabitkan 30 rumah terlibat sempena Program Moh Sahur DUN Pelangai yang diadakan pada bulan puasa ini.

”Selain mangkuk tingkat, mereka diberikan bakul makanan selain sumbangan raya turut diagihkan pada program ini,” katanya.

Tambah Amizar lebih menarik menu mangkuk tingkat itu mendapat sentuhan air tangan istimewa isterinya yang memasak sendiri lauk  ikan bilis goreng berlada petai campur kentang.

Melihat sambutan yang baik, Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang berhasrat meneruskan program Moh Sahur Pelangai pada tahun akan datang dengan memberi peluang lebih lagi kepada golongan memerlukan.

Jelas Amizar setiap program yang dilaksanakan di kawasannya mengambil kira elemen 4K yang melibatkan kebersamaan, kasih sayang, kejayaan dan keberkatan.

”Program Moh Sahur Pelangai ini juga mencapa objektif dengan menekankan konsep kebersamaan. Yang kedua, kasih sayang bersama penduduk apabila bertemu yang mungkin lama tidak jumpa dan bertemu kembali.

”K yang ketiga ialah kejayaan apabila program diusahakn membuahkan hasil daripada kerjasama dan yang terakhir ialah keberkatan daripada Allah, apabila semua pihak yang memberikan sumbangan beroleh ganjaran pahala,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here