MANDALAY – Pasukan penyelamat asing dan bekalan bantuan tiba di Myanmar, ketika negara itu menghadapi susulan gempa bumi besar yang mengorbankan sekurang-kurangnya 1,700 orang.
Gempa bumi berukuran 7.7 magnitud itu melanda berhampiran bandar Mandalay tengah Myanmar pada petang Jumaat lalu (28 Mac), diikuti beberapa minit kemudian dengan gegaran susulan 6.7 magnitud.
Pekerja penyelamat kini berkejar dengan masa untuk mencari mangsa terselamat yang tertimbus di bawah runtuhan.
Bagaimanapun, usaha mencari dan menyelamat dihalang oleh kekurangan peralatan yang sesuai, kata pemerhati.
Dalam pada itu, seorang anggota bomba Mandalay menceritakan operasi menyelamatkan ibu dan anak yang terperangkap di dalam bangunan runtuh setakat ini masih gagal.
“Ini berlaku di seluruh negara dan kami tidak mempunyai tenaga kerja dan peralatan yang mencukupi.
“Jadi, kami melaksanakan kerja-kerja menyelamat mengikut kapasiti kami,” ujarnya.
Dalam kekurangan sumber tenaga namun pasukan penyelamat mendapat bantuan penduduk yang membantu, menggali runtuhan ntuk mencari mangsa yang terselamat.
Tidak lama selepas gempa itu, ketua tentera Myanmar Min Aung Hlaing merayu untuk bantuan antarabangsa dan gesaan untuk menderma darah untuk mangsa.
Usaha blok serantau dalam operasi bantuan diketuai oleh Pusat Penyelarasan untuk Bantuan Kemanusiaan. – Agensi