Menara Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd dan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) mendakwa bakal berdepan pengusiran paksa dari tapak Menara Kuala Lumpur oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada tengah malam ini.

Dalam satu kenyataan, syarikat berkenaan memaklumkan arahan tersebut susulan surat daripada Kementerian Komunikasi pada 27 Mac lepas yang sudah tular di media sosial.

Kata syarikat itu, tindakan pengusiran paksa tersebut didakwa bercanggah dengan proses mahkamah yang masih berjalan dan dianggap sebagai satu pencabulan terhadap kewibawaan undang-undang.

“Sehubungan itu, kami  Hydroshoppe Sdn Bhd dan MKLSB akan mengadakan satu sidang media bagi menjelaskan situasi tersebut dan memberi penjelasan lanjut mengenai dakwaan pelanggaran hak pada malam ini jam 11 di pintu masuk utama Menara KL,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Urusan MKLSB, Datuk Abdul Hamid Shaikh mendakwa sebarang tindakan pengambilalihan Menara KL oleh Lim Seong Hai Capital Berhad (LSH Capital) melalui anak syarikatnya, LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM) adalah tidak sah.

Kata beliau, pihak berkaitan sepatutnya menunggu keputusan perbicaraan di mahkamah sebelum bertindak.

Baru-baru ini media melaporkan  Hydroshoppe menyaman kerajaan bagi menuntut ganti rugi RM1 billion berhubung penamatan perjanjian pengendalian Menara KL.

Hydroshoppe sebagai plaintif pertama dan anak syarikatnya MKLSB plaintif kedua turut menyaman empat pihak lain termasuk Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Turut dinamakan sebagai defendan, LSH Service Master Sdn. Bhd., LSH Best Builders Sdn. Bhd. dan Service Master (M) Sdn. Bhd.

Kerajaan didakwa menamatkan perjanjian tersebut secara salah pada November 2022 dan memberikan konsesi pengurusan menara itu kepada LSH Service Master Sdn Bhd pada Mei tahun lalu.- MalaysiaGazette

Pengambilalihan Menara KL esok tidak sah – MKLSB

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here