Foto: JBPM Perak

KUALA KANGSAR – Aktiviti beriadah tujuh sekeluarga bertukar detik cemas apabila mereka terperangkap akibat kepala air di Lata Batu Hampar, di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.54 petang sebelum menggerakkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota penyelamat bergerak menggunakan kenderaan utiliti untuk masuk ke lokasi kejadian yang terletak 1.2 kilometer memandangkan laluan itu tidak dapat diakses jentera berat.

“Setibanya di lokasi, terdapat tujuh orang mangsa terperangkap disebabkan kepala air tetapi berada dalam keadaan selamat.

“Mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak, tiga remaja dan dua dewasa berusia lingkungan 10 hingga 50 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketua operasi mengarahkan anggota untuk membuat kerja penyelamatan menggunakan tali penyelamat bersama dua batang pokok sebagai anchor (pengukuh) bagi menyeberangi sungai anggaran lebar 3.04 meter (m) dengan kedalaman 1.2m.

“Kesemua mangsa menyeberangi sungai dengan memakai PFD (peranti pengapungan peribadi) dan dikawal oleh anggota penyelamat hingga selesai.

“Mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 4.56 petang,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here