Anggota polis mengangkat mayat lelaki yang ditemui hanyut dalam Sungai Lubok Kedondong di Tangkak, hari ini.

TANGKAK – Satu mayat lelaki ditemukan dalam keadaan luka hanyut dalam air deras di Sungai Lubok Kedondong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, penemuan mayat tersebut dimaklumkan orang awam kepada pihak polis pada pukul 9.15 pagi.

“Kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin kemudian menemukan mayat tersebut dalam radius pencarian kira-kira 800 meter.

“Mangsa disahkan sudah meninggal dunia dan keadaan tubuh mangsa terdapat sedikit luka mungkin kesan daripada hanyutan aliran arus yang deras,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke hospital untuk tujuan bedah siasat dan tindakan lanjut.

Beliau berkata, siasatan terhadap kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) namun siasatan masih diteruskan.

“Pihak polis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha pencarian,” ujar beliau.

Pihaknya mengingatkan ibu bapa agar memantau anak-anak dan mengelak mereka bermain semasa musim hujan dan kawasan berisiko terutama air terjun serta sungai.- MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here