@malaysiagazette Satu kebakaran besar sedang berlangsung di kawasan kejiranan Kampung Tengah di Puchong Selangor. kebakaran malaysiagazette
Kebakaran Stesen Minyak Petronas di Taman Puchong Perdana: Operasi Pemadaman Sedang Berlangsung
PUCHONG – Kebakaran besar sedang berlaku di Depoh Simpanan Minyak Petronas di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor, pagi ini.
Menurut laporan awal, kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran pada saluran gas yang mengakibatkan letupan kuat di premis tersebut.
Letupan itu telah menyebabkan ‘hujan pasir dan debu’ meliputi kawasan sekitarnya, termasuk kawasan Puchong dan Putra Heights.
Penduduk setempat berkata, mereka terdengar letupan yang kuat diikuti dengan pancaran api dari stesen minyak tersebut.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.23 pagi dan segera melancarkan operasi pemadaman.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.23 pagi dan operasi pemadaman sedang dijalankan.
Wartawan MalaysiaGazette yang berada di sekitar lokasi mendengar siren ambulans serta kenderaan perubatan yang keluar masuk kawasan kejadian.
Difahamkan mangsa-mangsa yang terkesan dengan kejadian tersebut sedang dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan segera.
Di samping itu, polis turut mengambil langkah proaktif dengan membuat sekatan jalan di sekitar kawasan kejadian bagi memastikan keselamatan awam serta memudahkan pergerakan pasukan penyelamat.
Hingga kini, tiada laporan rasmi mengenai kecederaan serius atau kematian yang berlaku akibat kejadian tersebut.
Pihak berkuasa terus memantau situasi dan menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran ini.
Maklumat terkini akan disalurkan kepada orang ramai setelah siasatan selesai dijalankan. – MalaysiaGazette