KUALA LUMPUR – Etiqa Takaful Bhd. menyediakan perlindungan kepada semua pelanggan yang layak bagi insurans motor, kemalangan diri, kebakaran runcit, pemilik dan penghuni rumah yang terjejas akibat kebakaran besar di Putra Heights, Subang Jaya, hari ini.

Syarikat penyedia takaful itu berkata, bagi memudahkan proses tuntutan, Etiqa akan mengecualikan keperluan laporan polis.

Katanya, pelanggan yang layak boleh menghantar tuntutan menerusi hotline khas-Tuntutan Letupan Putra Heights di nombor +6011 1630 6646 (WhatsApp) atau +603 2692 8188.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan sebanyak 300 premis termasuk 10 unit rumah kedai dalam pembinaan rosak akibat kebakaran di Putra Heights, hari ini.

Sejumlah 28 hektar kawasan terjejas termasuk 290 meter persegi kawasan terlibat kebakaran. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Kebakaran saluran gas: 300 premis rosak termasuk 10 rumah kedai dalam pembinaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast