KUALA LUMPUR – Ketika rakyat Selangor sedang diuji dengan tragedi letupan paip gas di Putra Heights, Pas didakwa lebih berminat bermain politik daripada menunjukkan solidariti dan empati terhadap mangsa kejadian.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad menyelar kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang menyindir Datuk Seri Amirudin Shari agar mengambil cuti di saat negeri sedang berdepan krisis insiden letupan gas paip di Putra Heights ketika.
“Biasanya yang ambil cuti semasa krisis ini adalah Menteri Besar daripada Pas, jika kita lihat contoh daripada sebuah negeri di Pantai Timur.
“Tapi kali ini, ketika rakyat sedang terjejas, pemimpin Pas pula yang sempat mencadangkan perkara tidak bijak umpama buntal kembung, perut buncit tetapi isinya kosong,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Saifuddin yang juga Pengarah Strategik PKR Selangor, kenyataan Ahmad Fadhli hanya mencerminkan sikap segelintir pemimpin politik yang lebih ghairah mencari ruang publisiti daripada tampil membantu rakyat sedang berdepan musibah.
“Menteri Besar tidak pernah memilih untuk ‘berehat’ dalam waktu sukar. Sejak hari pertama insiden berlaku, beliau turun padang, memantau operasi menyelamat, menyantuni keluarga mangsa dan menyelaras tindakan semua agensi yang terlibat,” tegasnya.
Tambah beliau, kerajaan negeri kekal komited memperjuangkan nasib mangsa tragedi tersebut dengan memastikan bantuan, perlindungan sebaik mungkin.
“Kami tidak akan melayan kenyataan kosong yang tidak memberi apa-apa nilai kepada rakyat malah hanya bertujuan mengalihkan perhatian daripada siapa sebenarnya yang bekerja dan siapa yang hanya pandai bercakap,” katanya lagi.
Saifuddin turut mengingatkan pihak-pihak tertentu agar tidak menjadi batu penghalang jika tidak mampu menyumbang ketika rakyat sedang menderita.
“Kalau tidak mampu membantu, jangan pula mengganggu. Rakyat sedang memerhati,” tegasnya. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Natizen sarankan penduduk yang terlibat untuk menyaman kontraktor, pemaju dan konsultan jika didapati mereka bersalah. Sebuah RCI juga perlu ditubuhkan untuk menyiasat kecelakaan ini secara terperinci.
Petronas pula disarankan untuk menyaman mereka2 yang telah merosakkan aset syarikat dan membayar segala kos pembaikan dan segalanya.
Kepada PAS teruskan bersuara demi rakyat. Anda punyai ramai pemimpin bekas pekerja Petronas dan amat mahir dalam kes2 seperti ini. Anda telah dididik dengan falsafah SAFETY FIRST yang sentiasa menjadi keutamaan didalam Petronas.
Rakyat marhaien kini takut nak menulis atau mengkritik, takut2 dipenjarakan oleh kerajaan hancing sekarang.