Dua bas persiaran terbabit dalam kemalangan berhampiran Terowong Kobotoke di Lebuh Raya Chuo, Hachioji, pada sekitar jam 10.15 pagi Sabtu waktu tempatan. - Foto BERNAMA/Kyodo

KUALA LUMPUR – Seramai lima rakyat Malaysia cedera ringan dalam kejadian kemalangan melibatkan dua buah bas pelancong di Lebuh Raya Chuo, Hachioji, barat Tokyo, Jepun semalam.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan, rakyat Malaysia berkenaan bagaimanapun sudah pulang ke tempat penginapan masing-masing sebaik sahaja menerima rawatan dan pemeriksaan selepas kejadian itu.

Kementerian itu yang turut dikenali sebagai Wisma Putra berkata, pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau rapi situasi susulan kejadian itu.

“Insiden tersebut berlaku sekitar jam 10.15 pagi berhampiran pintu masuk Terowong Kobotoke, membabitkan dua buah bas yang bergerak bersama dan membawa sejumlah 47 penumpang, kebanyakannya warga asing, dari Stesen JR Tokyo menuju ke Tasik Kawaguchi di Wilayah Yamanashi.

“Menurut pihak berkuasa tempatan, insiden berlaku apabila salah sebuah bas telah melanggar belakang bas satu lagi,” katanya.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, seramai 47 orang cedera, kebanyakannya pelancong asing selepas dua buah bas persiaran terbabit terlibat dalam kemalangan di lebuh raya barat Tokyo semalam.

Menurut pihak polis, kejadian berlaku apabila sebuah bas melanggar belakang sebuah lagi bas semasa kedua-duanya bergerak perlahan akibat kesesakan lalu lintas.

Kedua-dua bas yang dikendalikan oleh syarikat sama itu dalam perjalanan dari Stesen JR Tokyo menuju ke Tasik Kawaguchi di Wilayah Yamanashi.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa tiada mangsa mengalami kecederaan parah atau mengancam nyawa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here