Hidang iftar disediakan di Mekah hasil sumbangan infaq orang ramai.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan Harmoni Dan Prihatin Malaysia (Harmony Prihatin) telah menyediakan 6,000 hidangan iftar sehari kepada jemaah umrah dan para jemaah lain di Mekah menjelang akhir Ramadan lalu.

Pengasasnya,  Nor Hashim Abdullah berkata, sebanyak 200 hidangan disediakan bermula awal Ramadan namun jumlah itu meningkat berikutan pertambahan bilangan jemaah bermula 10 malam terakhir bulan mulia itu.

Beliau berkata, hidangan tersebut diedarkan di kawasan hotel pajakan milik Harmony Excellence Holidays bagi dengan mematuhi standard kesihatan yang ketat bagi memastikan keselamatan para jemaah.

“Memasuki 10 malam terakhir, sumbangan infak yang diterima turut meningkat sehingga kami dapat menyediakan antara 3,000 ke 4,000 hidangan sehari.

“Namun menjelang hari-hari terakhir Ramadan, jumlah hidangan meningkat sehingga 6,000 dengan jumlah jemaah yang semakin bertambah,” tulis di Facebook miliknya di sini.

Hidangan iftar disediakan kepada jemaah umrah dan para jemaah lain di Mekah menjelang akhir Ramadan lalu.

Mengulas lanjut, Nor Hashim berkata, sumbangan dikenali Infaq Sabil Mekah itu turut mendapat kerjasama aktivitis terkenal, Mona Din yang membuat hebahan di media sosial.

Katanya, sebanyak dua pusingan sumbangan dibuat dengan jumlah keseluruhan yang dikutip melebihi RM80,000.

“Tidak rugi rugi menberi orang makan terutama untuk berbuka puasa. Semoga infaq sabil penyumbang menjadi ibadah yang barokah dan dirahmati Allah dengan pahala berganda serta mendapat ganjaran lailatulqadar.

“Semoga sumbangan sahabat semua mampu memberi senyuman dan memberi rasa kenyang berbuka puasa untuk lebih 3,000 jemaah setiap hari,” katanya.

Sementara itu, Harmony Prihatin sebelum ini aktif memberi bantuan kemanusiaan di samping membuka peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama membuat kerja kebajikan bagi menyantuni golongan yang memerlukan di dalam dan luar negara.

Pertubuhan bukan kerajaan itu sering tampil  menyampaikan bantuan keperluan harian seperti beras, minyak, gula dan bahan makanan lain kepada beberapa keluarga malang di ibu kota

Selain itu, Harmony Prihatin turut menyediakan rumah baharu untuk warga Palestin di negara agar dapat menjalani kehidupan normal seperti keluarga lain. – MalaysiaGazette

Hidangan iftar iaitu set nasi Arab dan minuman.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here