KUALA LUMPUR – Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27), Frankie Lee meninggal pada usia 85 tahun, semalam.
Berita sedih itu dikongsikan dalam Instagram rasmi Golden Screen Cinemas (GSC), namun tidak memperincikan punca pemergian mendiang.
“Walaupun dalam usia 70-an, Frankie membawakan semangat dan dedikasi terhadap karyanya yang menyentuh hati setiap penonton,” tulis kenyataan di laman terbabit.
Kemenangan di festival terbabit juga meletakkan Frankie sebagai aktor Tionghua pertama mengungguli kategori utama itu.
Pada edisi itu, beliau mengenepikan bintang ternama yang berada dalam kategori sama iaitu Wan Hanafi Su, Bront Palarae, Datuk Awie dan Que Haidar.
Hampir lima dekad menabur bakti di persada seni, Frankie lebih dulu aktif sebagai pelakon iklan sebelum terjun ke arena lakonan. – MalaysiaGazette