Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Akmal Nasrullah Mohd Nasir

JOHOR BAHRU – Ketua Cabang PKR Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang, bulan ini.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu menerusi hantaran di Facebook turut mengemukakan calon barisan kepimpinan cabang, Wanita Cabang dan AMK Cabang Johor Bahru.

“Untuk terus relevan, kita perlu fokus membina impak meletakkan prioriti yang betul, menyelesaikan masalah sebenar dan tabah mempertahankan pegangan prinsip dan nilai parti.

“Maka, saya kemukakan barisan calon kepimpinan cabang, AMK dan Wanita Johor Bahru dengan penuh integriti, amanah dan tanggungjawab,” katanya.

Akmal Nasrullah yang juga Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata PKR perlu kekal fokus dalam persiapan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kita akan kekal bekerja keras bagi memastikan kemenangan di Parlimen Johor Bahru terus menjadi prasyarat KEADILAN menerajui Kerajaan Persekutuan di Putrajaya,” katanya.

Akmal Nasrullah yang pertama kali menyandang jawatan Ketua Cabang Johor Bahru pada 2014 berkata tugas bagi memenangkan parti di Parlimen Johor Bahru bukan perkara yang mudah.

“Suicide mission ketika itu, tetapi menjadi misi selesai dan selebihnya adalah sejarah. Namun, cabaran lebih besar datang selepas kemenangan, harapan dan jangkaan rakyat terus meningkat,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here