Foto Facebook KDA FC.

KUALA LUMPUR – Penganjuran aksi persahabatan antara pasukan All Star Kedah menentang All Star Malaysia anjuran Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bersama Malaysia Football Museum yang dijadualkan pada 11 April ini di Alor Setar terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh baharu yang akan ditetapkan.

Ini susulan bintang jemputan khas bertaraf dunia dari Portugal, Ricardo Quaresma dimaklumkan tidak dapat hadir ke acara berkenaan disebabkan faktor kecemasan dan kesihatan ahli keluarganya pada ketika ini.

Menerusi hantaran media KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang mewakili pihak pengurusan Sang Kenari dan penganjur bersama merakamkan permohonan maaf kepada seluruh peminat bola sepak tanah air, khususnya kepada penyokong yang membeli tiket perlawanan.

Foto Facebook KDA FC.

“Dengan penuh rasa dukacita, pihak kami terpaksa menunda perlawanan ini ke satu tarikh baharu. Keputusan ini dibuat selepas menerima makluman bahawa tetamu jemputan khas, Ricardo Quaresma tidak dapat terbang ke Kedah pada 7 April 2025 seperti dijadualkan.

“Ricardo turut menyampaikan permohonan maaf kepada semua peminat menerusi satu video ucapan khas, dan menyatakan komitmennya untuk hadir ke Stadium Darul Aman pada satu tarikh yang akan ditetapkan semula di mana beliau mencadangkan tarikh 22 April ini.

Mohd Daud juga memaklumkan pihaknya akan memaklumkan tarikh rasmi baharu bagi aksi persahabatan berkenaan sebaik mendapat tarikh rasmi yang baharu selain status tiket percuma di atas pembelian tiket aksi perlawanan persahabatan ini dan hal berkaitan tempahan jersi edisi khas All Star.

“Berkenaan tawaran tiket percuma ke perlawanan KDA FC vs Sabah FC (melalui pembelian tiket All Star sebelum ini), tawaran ini tidak akan diteruskan untuk jualan akan datang memandangkan Liga Super bakal berakhir pada minggu ketiga April,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here