Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bercakap pada sidang akhbar pada Program 14TH Annual Affordable Housing Projects di Doubletree Hilton, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 7 APRIL 2025.

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengakui beliau sedang mencari penyelesaian keseluruhan terbaik berhubung insiden letupan mangsa letupan paip gas di Putra Heights pada minggu lalu.

Beliau berkata, satu pengumuman akan dibuat segera sebaik keputusan dibuat untuk membantu semua mangsa yang terlibat.

Justeru Timbalan Pengerusi Kebangsaan enggan melayan isu beliau tidak turun melawat mangsa letupan itu kerana semua pihak terutama pelbagai kementerian bekerjasama menghulurkan bantuan.

“Sebenarnya itu tidak perlu kita layan dan kita lihat yang penting kita selesaikan masalah rakyat. Kita lihat Tuanku Agong turun, pelbagai bantuan setakat hari ini kita boleh lihat semua kementerian menyalurkan bantuan.

“Kementerian Digital beri templat, telefon bimbit, Kementerian Pendidikan beri bas percuma, Kerajaan Selangor dan DAP sendiri telah mengumpul dan kutipan lebih RM100,000 untuk bantuan kepada mangsa.

“Semua pihak membantu dan fokus kepada kerja masing-masing dan saya sedang memberi fokus untuk mencari penyelesaian keseluruhan dan tunggu pengumuman,” katanya.

Beliau diminta mengulas dakwaan segelintir pihak yang menimbulkan isu beliau tidak turun melawat mangsa letupan itu sejak insiden bermula.

Dalam kejadian pada 1 April lalu, sebanyak 219 rumah didapati terjejas dalam insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya manakala 220 kediaman disahkan selamat dan tidak terkesan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia hasil penilaian akhir fizikal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, syarikat utiliti dan pihak berkuasa tempatan terhadap 439 rumah dalam radius 325 meter dari pusat letupan.

“Daripada jumlah itu, 87 rumah mengalami kerosakan besar melebihi 20 peratus manakala 132 lagi mengalami kerosakan kecil kurang 20 peratus,” katanya.

Hussein berkata, rumah dengan kerosakan di bawah 20 peratus dibenarkan dibaiki penghuni atau pemilik rumah bermula hari ini dengan senarai rumah berkenaan akan diedar kepada tuan rumah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here