KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung insiden letupan mangsa letupan paip gas di Putra Heights pada minggu lalu.
Menterinya, Nga Kor Ming memberi jaminan perbincangan itu akan mencari formula terbaik buat semua mangsa dalam usaha meringankan beban yang ditanggung mereka.
“Mesyuarat bersama Perdana Menteri akan diadakan pukul 11 pagi ini. Sebaik sahaja keputusan dibuat, kita akan buat pengumuman segera,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Projek Perumahan Mampu Milik Tahunan Ke-14 di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 1 April lalu, sebanyak 219 rumah didapati terjejas dalam insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya manakala 220 kediaman disahkan selamat dan tidak terkesan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia hasil penilaian akhir fizikal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, syarikat utiliti dan pihak berkuasa tempatan terhadap 439 rumah dalam radius 325 meter dari pusat letupan.
“Daripada jumlah itu, 87 rumah mengalami kerosakan besar melebihi 20 peratus manakala 132 lagi mengalami kerosakan kecil kurang 20 peratus,” katanya.
Hussein berkata, rumah dengan kerosakan di bawah 20 peratus dibenarkan dibaiki penghuni atau pemilik rumah bermula hari ini, dengan senarai rumah berkenaan akan diedar kepada tuan rumah. – MalaysiaGazette
Petronas mempunyai rekod keselamatan yang baik dikesemua negara yang mereka pernah beroperasi seperti Kanada, Brazil, Venezuala, Teluk Mexico, Sudan, Turkmenistan, Indonesia, Vietnam, Iraq dan sebagainya.
Kecelakaan yg terjadi diPutra Height telah menjatuhkan imej dan reputasi keselamatan dan akan menyukarkan mereka untuk menender projek2 international dimasa akan datang.
Dengan itu ada yang saran Petronas untuk menyaman pemaju, kontraktor dan consultant yang terlibat.
Memberikan pampasan juga membuatkan masyarakat antarabangsa terlibat secara lansung dalam kecelakaan tersebut.
Petronas juga disaran untuk menyaman natizen2 dan peguam yang secara terus menerus memburukan reputasi anda!
Memberi pampasan akan membuatkan masyarakat antarabangsa, international oil & gas players beranggapan Petronas secara lansung dan cuai serta menjadi penyebab kepada kecelakaan besar tersebut. Ianya benar2 menjejaskan imej, prestasi dan reputasi anda!