KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa atas pembentukan kerajaan negara itu yang baharu.
Melalui hantaran di laman sosialnya, beliau berkata, Malaysia komited untuk meningkat hubungan dua hala khususnya dalam bidang ekonomi.
Jelasnya, beliau juga menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia untuk melabur serta menyumbang kepada usaha pembinaan semula negara itu.
Perdana Menteri berkata, Presiden al-Sharaa juga telah menjemputnya untuk melawat Syria sebagai usaha mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara. – MalaysiaGazette