SPRM hakim
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ketua cawangan sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan mengesyorkan projek baik pulih fasiliti di Gua Musang bernilai kira-kira RM100,000.

Menurut sumber, lelaki berumur 43 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang tadi di pejabatnya oleh sepasukan pegawai SPRM.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek dijangka dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Gua Musang pagi esok. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here