Mohd Zairull Arzuan di bawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Kuching, hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Kuching hari ini menjatuhkan hukuman penjara 468 tahun dan denda RM180 juta ke atas seorang bekas penolong pentadbir kewangan, Jabatan Kebajikan Sarawak atas 39 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) melibatkan lebih RM16 juta.

Borneo Post melaporkan, tertuduh, Mohd Zairull Arzuan Mohd Shamsuddin Ja’afar @ Ang Chui Thong, 38, boleh boleh diberikan penjara tambahan selama 36 bulan sekiranya gagal membuat bayaran selain dikenakan rotan sebanyak tiga sebatan.

Hakim, Musli Ab Hamid menjatuhkan hukuman tersebut selepas Mohd Zairull mengaku bersalah atas 36 pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan CBT.

Bagi setiap 36 pertuduhan pengubahan wang haram, Musli menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM5 juta.

Untuk setiap tiga pertuduhan CBT pula, beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan satu sebatan rotan dengan hukuman penjara juga berjalan serentak.

Oleh kerana hukuman penjara dijalankan serentak, Mohd Zairull akan menjalani sekurang-kurangnya 12 tahun penjara, bergantung kepada sama ada beliau mampu membayar denda RM180 juta, jika gagal, beliau perlu menjalani lagi tiga tahun penjara.

Pertuduhan pengubahan wang haram dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) Akta yang sama.

Pertuduhan CBT pula dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan atau denda jika sabit kesalahan.

Mohd Zairull melakukan kesalahan pengubahan wang haram antara 2020 dan 2022, melibatkan jumlah RM6,013,504.30, manakala kesalahan CBT berlaku antara 2019 dan 2021, melibatkan RM10,272,350.13.

Difahamkan, bahawa penyata gaji Mohd Zairull menunjukkan transaksi mencurigakan dengan lebih RM4 juta dimasukkan ke dalam akaunnya.

Turut difahamkan, Mohd Zairull yang merupakan pegawai bertanggungjawab ke atas simulasi gaji di jabatan tersebut telah menyerahkan surat peletakan jawatannya berkuatkuasa pada 31 Januari 2022.

Bagaimanapun, beliau memendekkan tempoh notis dan meletakkan jawatan serta-merta pada 31 Disember 2021.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Amanina Wan Din, Mohd Ashrof Kamarul dan Manjira Vasudevan.

Mohd Zairull diwakili peguam, Christopher Bada. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here