Suasana malam di pintu masuk Menara, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 31 MAC 2025.

Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) bersama Hydroshoppe Sdn. Bhd. menegaskan operasi dan pengurusan Menara Kuala Lumpur akan diteruskan seperti biasa.

Pengarah Urusan MKLSB, Datuk Abdul Hamid Shaikh berkata, keputusan mahkamah semalam berkenaan pemberian injunksi ad interim, sementara menunggu tarikh perbicaraan permohonan injunksi sementara yang telah ditetapkan pada 9 Jun 2025.

“Keputusan ini bukanlah keputusan muktamad, dan mahkamah juga tidak mewajibkan sebarang pemindahan pengurusan kepada mana-mana pihak ketiga, termasuk LSH Service Master Sdn. Bhd., mahupun penyerahan tapak dan konsesi.

“Justeru, pihak kami berpandangan sebarang cubaan untuk mengambil alih operasi Menara Kuala Lumpur sebelum keputusan rasmi mahkamah adalah pramatang dan tidak wajar.

“Kami kekal teguh dalam pendirian bahawa Menara Kuala Lumpur adalah hak konsesi yang sah milik kami dan segala perubahan berkaitan pemilikan atau pengurusan perlu melalui proses perundangan yang betul.

“Kami menyeru semua pihak agar menghormati proses mahkamah yang sedang berlangsung dan tidak membuat sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan operasi Menara Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel berkaitan: Bicara kes ambil alih konsesi Menara Kuala Lumpur 10 September

Pengambilalihan Menara KL : Pemilihan LSHSM Bercanggah Dengan Dasar Kerajaan – Bersatu

Isu Menara KL timbul kerana bercanggah dasar kerajaan – Bersatu

Isu Menara KL sebenarnya bukan berkaitan kaum – Indera

Pengambilalihan konsesi Menara KL tidak jejas operasi, pekerja

Luluh Hati Kami Diusir Dari Menara KL Di Malam Syawal – MKLSB

Pengambilalihan Menara KL esok tidak sah – MKLSB

Hampir 30 tahun MKLSB sudah urus Menara KL

Jelasnya, MKLSB sentiasa menjunjung tinggi prinsip integriti, ketelusan dan tadbir urus korporat dalam setiap aspek pengurusan dan yakin bahawa sistem kehakiman negara akan menilai dengan adil segala hak dan kepentingan yang sedang
dibincangkan.

Tambahnya, pihak beliau juga akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak berkuasa yang berkaitan.

“Sebagai pemegang konsesi yang sah, kami percaya bahawa sebarang pemindahan hak atau kuasa hendaklah dilakukan secara teratur, mengikut undang-undang dan amalan korporat yang baik.

“Kami menyeru agar tiada pihak bertindak secara tergesa-gesa yang boleh menjejaskan imej dan reputasi Menara Kuala Lumpur,
sebuah mercu tanda negara yang juga destinasi pelancongan bertaraf dunia. Kami akan terus memastikan tahap keselamatan, penyelenggaraan aset awam dan mutu perkhidmatan kekal menjadi keutamaan,” ujarnya dalam kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here