Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perbicaraan membabitkan Pengarah Hydroshoppe Sdn. Bhd., Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh akan bermula 10 September ini di Mahkamah Sesyen di sini.

Abdul Hamid berdepan perbicaraan membabitkan tuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun kepada Tan Sri Annuar Musa selama 15 tahun berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.

Hari ini, Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin menetapkan berlangsung selama 15 hari bermula 10 dan 11 September dan bersambung pada 29 dan 30 Oktober.

“Selain itu, tarikh 7 hingga 9 Januari bagi tahun berikutnya,” kata Suzana.

Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat bersama-sama pembelaan, Weera Premananda mewakili Abdul Hamid Shaikh juga bersetuju dengan tarikh-tarikh tersebut.

Pada 5 April lalu, Hydroshoppe Sdn Bhd dan seorang pengarahnya didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan atas dua pertuduhan termasuk menawar rasuah RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada seorang ahli perniagaan bagi faedah bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Tujuan rasuah itu untuk mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara KL.

Bagaimanapun, Abdul Hamid Shaikh mengaku tidak bersalah. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast