Gajah liar jantan yang diberi nama Awang Kolam selepas muncul di Kampung Kolam, Ajil, Hulu Terengganu, berjaya ditangkap.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu Dennis Tan Choon Yung berkata, pihaknya kini dalam peringkat persediaan untuk memindahkan gajah berkenaan keluar dari lokasi tangkapan.















