Anak-anak Orang Asli Suku Bateq yang menyertai Program Santuni Warisan @ Literasi Kelas Rimba Bateq, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Kolej 10 dengan sokongan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah melaksanakan Program Santuni Warisan @ Literasi Kelas Rimba Bateq (KRB) dengan menyantuni masyarakat Orang Asli Suku Bateq di Pahang, baru- baru ini.

Program yang berlangsung selama tiga hari ini bertujuan memperkasa pendidikan asas anak-anak suku Bateq sebagai persediaan ke sekolah aliran perdana serta memperkenalkan pembelajaran dalam suasana budaya, aktiviti seni, dan rekreasi.

Pengarah Program, Wan Nur Camelia Wan Mohd Rozaini berkata, program itu bukan sekadar berkongsi ilmu, tetapi juga memberi peluang kepada sukarelawan untuk memahami budaya masyarakat Bateq dengan lebih dekat.

“Kami saling berkongsi ilmu, kami turut belajar daripada mereka. Pengalaman ini membuktikan bahawa pendidikan dan hubungan antara komuniti boleh terjalin melalui keikhlasan serta rasa hormat,” katanya.

Pegawai Pemantau Program, Amir Heiqal Rusli berkata, aktiviti yang dijalankan memberi peluang kepada peserta untuk merasai sendiri kehidupan masyarakat suku Bateq, termasuk berenang, bermain rakit buluh, dan meneroka sungai.

Pelajar Kolej Sepuluh, UPM dengan
menyantuni masyarakat Orang Asli suku Bateq di Pahang dalam Program Santuni Warisan
@ Literasi Kelas Rimba Bateq (KRB), baru-baru ini.

“Sungai ini bukan sekadar tempat bermain, tetapi sebahagian daripada kehidupan mereka. Keberanian dan kebolehan mereka luar biasa. Ini pengalaman berharga yang memberi perspektif baharu kepada semua” katanya.

Selain aktiviti luar, program ini turut menekankan aspek pendidikan bagi membantu anak-anak suku Bateq menguasai kemahiran asas pembelajaran.

Pelajar tahun tiga Bacelor Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan, UPM, Nur Hidayah Abdul Halim berkata, program ini memberi impak positif apabila pelajar di Kelas A dan B sudah mampu membaca, menulis, dan mengira.

“Hasil usaha KRB jelas apabila ada dalam kalangan mereka yang sudah boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Sukarelawan juga menggunakan pendekatan kreatif bagi memastikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here